Umum

Apakah Cerapan Hilal?

Setiap kali dah nak masuk bulan Ramadan atau bulan Syawal, kita pasti akan tertunggu-tunggu pengumuman pengisytiharaan tarikh mula puasa atau raya di kaca televisyen. Contoh pengumumam macam di bawah ni.

Untuk tarikh permulaan puasa sudah tentu lah masuknya 1 Ramadan kalender Hijrah kan? Manakala untuk tarikh hari raya semestinya masuknya 1 Syawal. Tapi macam mana ya tarikh permulaan bulan Islam ni ditentukan? Mari admin cerita sikit.

Kalender Hijrah adalah kalender yang menggunakan kitaran bulan. Satu bulan di dalam kalender Hijrah mempunyai 29 atau 30 hari dan 12 bulan kesemuanya. Permulaan bulan baru bagi setiap bulan dalam kalender Hijrah akan ditentukan mengikut penampakan hilal. Bulan adalah satelit semula jadi bumi, peredaran bulan mengelilingi bumi menyebabkan bulan berubah-rubah fasa. Anda boleh baca artikel Bulan: 5 Fakta Menarik untuk kefahaman lebih lanjut mengenai fasa dan kitaran bulan. Apabila sampai pada satu masa, bulan akan berada di antara matahari dan bumi. Ini lah waktu yang dinamakan sebagai Ijtimak (posisi 1 di dalam gambar). Bulan tidak akan kelihatan kerana bahagian yang tak terdedah kepada matahari yang menghadap bumi. Apabila bulan bergerak sedikit ke posisi 1a, sedikit permukaan bulan akan memantulkan cahaya matahari ke bumi berbentuk seperti lengkungan yang sangat halus, dan ini lah yang dinamakan sebagai hilal.

Ijtimak | Sumber: https://aburedza.wordpress.com

Apabila nampak je hilal pada hari ke 29 di dalam kalender Hijrah, secara  automatik keesokkan harinya adalah bulan baru (contoh hari ni 29 Ramadan, esok 1 Syawal)*. Tapi bukan nampak hilal macam tu sahaja terus boleh cakap esok bulan baru, ada kriteria-kriteria yang perlu dipenuhi dahulu.

Contoh gambar hilal | Sumber: http://kafeastronomi.com

Antara syarat yang perlu dipatuhi adalah, umur hilal sewaktu matahari terbenam (ghurub) adalah sekurang-kurangnya 8 jam selepas ijtimak. Jika syarat ini tidak dipenuhi, ada lagi satu syarat iaitu, ketinggian (altitud) hilal mesti sekurang-kurangnya 2° dari ufuk (horizon) ketika terbenam matahari dan jarak lengkung matahari dan pusat bulan mesti sekurang-kurangnya 3°Salah satu daripada dua syarat ini perlu dipatuhi dalam menentukan bulan baru di dalam kalender islam. Jika kedua-dua syarat ini tidak dipenuhi, maka hilal tidak kelihatan dan keesokkan harinya akan menjadi 30 hari bulan dalam kalender Hijrah. Mesti ada yang tertanya-tanya, apa maksud umur hilal tu? Umur hilal bermaksud waktu dari berlakunya ijtimak hingga waktu terlihatnya hilal. Jika ijtimak berlaku pada jam 7 pagi dan hilal dilihat pada jam 7 malam, maka umur hilal pada waktu tersebut adalah 12 jam.

Darjah dari ufuk dan lengkung untuk menentukan hilal.

Pada awalnya cerapan hilal  hanya akan dibuat untuk permulaan bulan-bulan penting di dalam kalender Hijrah (Ramadan & Syawal). Tetapi kini cerapan hilal dibuat untuk permulaan setiap bulan. Cerapan hilal akan dibuat di kawasan cerapan yang dinamakan baitul hilal. Petang tadi (24/6/2017) kami dari Fiziklah! telah menyertai aktiviti cerapan hilal bagi hari raya Aidilfitri di Balai Cerap Telok Kemang, Negeri Sembilan. Berikut admin sertakan beberapa gambar semasa aktiviti cerapan hilal di balai cerap tersebut.

Balai Cerap Telok Kemang
Teleskop yang digunakan untuk cerapan hilal.

Menanti terbenam matahari untuk melihat hilal.

Setelah cerapan dibuat maka telah diisytiharkan bahawa tarikh hari raya Aidilfitri adalah pada 25/6/2017. Di kesempatan ini kami dari Fiziklah! ingin mengucapkan selamat hari raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin. Admin akhiri artikel ini dengan serangkap pantun.

Ramadan bakal beransur pergi,
Syawal menjelma di Aidilfitri,
Seikhlas hati menyusun jari,
Mohon dimaaf kekhilafan kami.

Selamat hari raya Aidilfitri dari kami, apa lagi?
Fiziklah!

* Hari baru di dalam bulan Hijrah bermula apabila waktu maghrib, apabila ternampak sahaja hilal, maka masuklah hari baru.

Sumber rujukan :
https://www.timeanddate.com/moon/
http://www.falaksyari.org/index.php/cikgukassim/109-hilal2013
https://aburedza.wordpress.com/category/ijtimak-bulan-matahari/

Admin Z

Salah seorang daripada 2 admin Fiziklah! Itu je kot. LOL!

Artikel Berkait

Anda juga mungkin meminati
Close
Back to top button