Astrofizik & Kosmologi

Sistem Suria (Besi & Ais Langit)

Kembali lagi dalam siri Sistem Suria, dalam artikel yang terdahulu admin telah membincangkan mengenai planet yang paling panas dalam sistem suria. Untuk ketahui planet apa yang paling panas? Sila rujuk artikel ini Sistem Suria (Planet Panas). Baiklah di dalam artikel ini admin ingin membincangkan mengenai jasad-jasad samawi yang yang lebih jauh sikit daripada matahari. Kalau ada semua tengok balik gambar sistem suria kita, anda akan perasan ada satu lingkaran pada kawasan di antara planet Marikh dan planet Musytari. Agak-agak anda semua lah kan apa nama lingkaran tu? Namanya adalah Asteroid BeltAsteroid Belt ni macam planet-planet yang mengorbit matahari kita jugak, cuma bezanya ianya dipenuhi dengan asteroid-asteroid yang mengorbit mengelilingi matahari.

Asteroid asteroid kat dalam lingkaran tu tak ada yang lari dari orbit ke? Eh, mestilah ada, tapi terima kasih kepada planet Muystari sebab planet dengan daya graviti planet tersebut yang kuat, asteroid-asteroid yang terlepas tu tidak akan masuk ke kawasan yang berhampiran dengan bumi. Kalau asteroid tersebut terkeluar daripada lingkaran tersebut dan berlegar-legar di kawasan yang berhampiran dengan bumi, ianya akan dikenali sebagai Near-Earth ObjectsTerma tersebut adalah untuk mana-mana jasad yang berlegar-legar di kawasan yang berhampiran dengan Bumi. Asteroid yang terbesar di dalam Asteroid Belt ini dikenali sebagai Ceres.

Asteroid vs Komet
Bila kita dah bercakap pasal asteroid mesti persoalan ni tak lari daripada anda semua, apa beza asteroid dengan komet? Kadang-kadang kita dengar pasal komet, kadang-kadang kita dengar pasal asteroid, tak faham betul. Haha tenang, pertama sekali, komet sebenarnya diperbuat daripad ais, manakala asteroid pula diperbuat dariapa besi, silica dan bahan-bahan logam. Kemudiannya, untuk asteroid, orbitnya adalah di Asteroid Belt manakala untuk komet, orbitnya adalah mengikut komet. Kebiasaannya orbit komet menjangkau lebih daripada planet Neptune, di kawasan yang sangat sejuk kerana jauh daripada Matahari, sebab tu ianya diperbuat daripada ais. Kawasan ini dinamakan sebagai Kuiper Belt. Gambar-gambar di bawah ini adalah orbit untuk Komet Halley dan juga Kuiper Belt.

Kuiper Belt ni terletak di kawasan selepas planet Neptune, di sini lah dimana letaknya planet Pluto (sekarang dwarf planet) dan juga beberapa planet kecil yang lain seperti Sedna, Eris, 2012 VP dan banyak lagi. Planet-planet kecil dan juga jasad-jasad yang berada selepas orbit planet Neptune akan dikenali sebagai Trans-Neptunian Objects (TNO).

Selepas Kuiper Belt
Kalau kita keluar lagi menjauhi daripada sistem suria kita (menjauhi lagi dari kuiper belt) kita akan sampai ke satu kawasan yang dinamakan sebagai Oort Cloud . Oort Cloud ni bukan awan tau, jangan confuse, takkan lah ada awal pulak kat space yang vacuum tu kan? Haha jadi Oort Cloud ni sebenarnya adalah kawasan di mana terdapat juga komet-komet dan juga debu-debu ais macam Kuiper Belt. Tapi bezanya dengan Kuiper Belt adalah kawasn Oort Cloud ni tersangat lah luas. Jarak dari permulaan ke peghujung Oort Cloud adalah sejauh 90 000 Astronomical Unit (AU) (1 AU = jarak dari matahari ke bumi).

Selepas kawasan Oort Cloud kita akan sampai sistem bintang yang terdekat dengan kita, iaitu sistem bintang Alpha Centauri yang terdiri daripada 3 bitang iaitu Alpha Centauri A , Alpha Centauri B, dan Alpha Centauri C (Proxima Centauri).

Admin rasa setakat ini sahaja lah dulu untuk artikel kedua di dalam siri Sistem Suria ni, kita kan bertemu lagi di dalam siri seterusnya.

Sekian.

Siri Sistem Suria
Sistem Suria (Planet Panas): https://www.fiziklah.com/2017/01/sistem-suria-planet-panas/
Sistem Suria (Pelindung Suria): https://www.fiziklah.com/2017/01/sistem-suria-siri-akhir-pelindung-suria/

Admin Z

Salah seorang daripada 2 admin Fiziklah! Itu je kot. LOL!

Artikel Berkait

Anda juga mungkin meminati
Close
Back to top button