Mekanik Klasik

Mekanik? Mekanik Klasik??

slide_1

Hari tu kita dah tengok cerita pasal apa itu fizik, apa yang dimaksudkan oleh fizik. Kalau anda semua lihat pada gambar yang tersedia di dalam entri tersebut, anda semua boleh nampak yang bahagian paling kiri itu adalah mekanik klasik, jadi kali ini kita akan bercerita sedikit sebanyak mengenai apa itu Mekanik Klasik.

Chup! Chup! Sebelum kita terjah ke dalam Mekanik Klasik tu, apa kata kita belajar dulu makna Mekanik Klasik tu sendiri. Mesti ada yang dah terfikir, “Mekanik? Mekanik yang betulkan motor dengan kereta tu ke?” bukan, mekanik ni membawa maksud tingkah laku ataupun kajian terhadap tingkah laku sesuatu benda atau objek. Manakala klasik pulak bermaksud dahulu kala atau terdahulu. Jadi apabila digabungkan keduanya, iaitu Mekanik Klasik, maka jadilah maksud kajian terhadap sesuatu objek yang telah dilakukan pada dahulu kala. Mekanik Klasik ni adalah cabang fizik yang terawal, sebab tu ada perkataan “klasik” belakang tu, haaa, jadi dah boleh faham maksud mekanik klasik buat masa ni?

Cabang mekanik klasik ini diperkenalkan oleh ahli fizik yang sangat terkenal dahulu, semestinya anda semua kenal, beliau adalah Isaac Newton, orang yang menemui konsep graviti. Dengan itu, semua kajian yang telah dilakukan oleh Isaac Newton adalah di dalam cabang mekanik klasik, seperti pergerakan bulan di dalam orbitnya, peredaran bumi mengelilingi matahari, putaran bumi di atas paksinya. Hasil-hasil kajian Newton boleh kita katakan mengkaji tingkah laku jasad samawi ( celestial object ) .

Tetapi, mekanik klasik bukan tertumpu kepada jasad samawi sahaja, jika kita ingat kembali subjek Sains ketika tingkatan 1 hingga 3, Fizik tingkatan 4 & 5, asasi dan matrikulasi kebanyakannya mengenai mekanik klasik, sperti mencari keupayaan (force) pada jongkang-jongkit, tenaga ( energy ) yang diperlukan untuk menolak kotak ke atas bukit, itu semua adalah dalam cabang mekanik klasik. Untuk mengelakkan kekeliruan daripada definisi-definisi di atas, mekanik klasik ini adalah kajian terhadap tingkah laku sesuatu benda atau objek pada skala besar. Saya akan senaraikan contoh-contoh mekanik klasik bagi memudahkan pemahaman.

  • Peredaran plenet di dalam orbit
  • Pergerakan kenderaan
  • Lantunan bola
  • Spring
  • Gasing
  • Pergerakan satelit

Banyak lagi contoh-contoh yang meliputi mekanik klasik di dalam kehidupan seharian kita.

Saya rasa cukuplah setakat ini untuk pengenalan dalam mekanik klasik. Pada masa akan datang kita akan bincangkan lagi dengan lebih mendalam megenai cabang mekanik klasik ini.

Sekian.

Admin Z

Salah seorang daripada 2 admin Fiziklah! Itu je kot. LOL!

Artikel Berkait

Back to top button