Termodinamik

Sains Di Sebalik Meriam Buluh

Bergema suara takbir di angkasa
Selembut bayu meresap ke dalam jiwa
Betapa hatimu terharu
Menyambut anakmu kembali

Ini adalah antara lagu raya yang sering dimainkan di corong-corong radio menandakan bahawa sambutan Hari Raya Aidilfitri kian tiba. Sempena musim perayaan ini, pengisian untuk artikel ini sudah tentulah berkisar tentang apa yang sinonim dengan waktu perayaan. Kalau di tempat admin, semakin hampir kepada musim perayaan, semakin banyak jugalah bunyi mercun dan juga dentuman meriam buluh. Tempat korang semua pula macam mana?

Baiklah, di dalam artikel yang pendek ini, admin ingin berkongsikan mengenai sains disebalik meriam buluh. Bagi yang dah ada pengalaman dengan meriam buluh, mungkin dah boleh faham macam mana ‘working principle‘ meriam buluh, bagi yang tak tahu / tak ada pengalaman, admin tak akan bercerita secara detail. Perlu diingatkan bahawa permainan mercun dan meriam buluh adalah dilarang dan diharamkan di bawah Akta Bahan Letupan 1957. Jadi diharapkan tiada yang cuba-cuba bermain meriam buluh selepas membaca artikel ni.

Meriam buluh sedang dimainkan | Sumber: genpi.co

Meriam buluh bukan sahaja dimainkan Malaysia sahaja, malah permainan ini turut dimainkan di beberapa buah negara di rantau Asia Tenggara lain. Permainan ini tidak semestinya menggunakan buluh, ada juga yang menggunakan batang paip, bekas tin, dan beberapa alat yang lain, akan tetapi bahan asasnya tetap sama.

Bahan Asas Meriam Buluh
Bahan asas yang diperlukan untuk membuat meriam buluh adalah calcium carbide (CaC2) dan juga air (H2O). Inilah dua bahan utama yang menghasilkan letupan meriam buluh tersebut. Ada juga yang menggunakan bahan lain seperti kerosene di Filipina. Hasil daripada reaksi kimia di antara dua bahan tersebut (air dan calcium carbide) akan menghasilkan dua lagi bahan, iaitu acetylene, C2H2 dan calcium hydroxide, Ca(OH)2 yang juga dikenali sebagai air kapur.

CaC2 + 2H2O → Ca(OH)2 + C2H2

Calcium carbide yang belum dihancurkan | Sumber: www.alibaba.com

Acetylene, C2H2 merupakan gas yang sangat mudah terbakar seperti juga hydrogen dan helium. Gas ini ditemukan pada tahun 1836 oleh Edmund Davy. Jika gas ini didedahkan dengan haba (api) hasilnya akan pooff, jadilah Koko Krunch! Okay tak, gurau je, dah tentulah terhasilnya letupan. Gas yang mudah terbakar dan dikurung di dalam buluh yang tertutup inilah yang menjadikan letupan meriam buluh sangat kuat dan merbahaya. Untuk mendapatkan hasil reaksi air dan calcium carbide yang optimum tanpa meninggalkan baki air mahupun calcium carbide, Stoichiometric ratio boleh digunakan.

Meriam Buluh
Gambaran meriam buluh| Sumber: 1bornean.blogspot.com

Sekian sahaja untuk artikel kali ini, sekali lagi admin ingin ingatkan kepada para pembaca semua untuk tidak sesekali cuba membuat ataupun bermain meriam buluh kerana aktiviti ini adalah dilarang di bawah Akta Bahan Letupan 1957 begitu juga dengan aktiviti bermain mercun. Kami di Fiziklah! tidak akan bertanggungjawab ke atas kecederaan yang dialami. Diharapkan anda semua beraya dalam keadaan yang selamat sejahtera dengan norma yang baharu.

Dikesempatan itu Fiziklah! juga ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin!

Sekian, apa lagi?
Fiziklah!

Admin Z

Salah seorang daripada 2 admin Fiziklah! Itu je kot. LOL!

Artikel Berkait

Anda juga mungkin meminati
Close
Back to top button