Astrofizik & Kosmologi

Pertunjukan Cahaya di Langit Kutub

http://kingofwallpapers.com/
http://www.auroradunedin.co.nz/
http://www.hotel-r.net/es/aurora

Aurora, juga dikenali sebagai cahaya kutub (polar light) atau cahaya utara (northern light) merupakan “pertunjukan” cahaya semulajadi di langit. Cahaya ini boleh disaksikan di atas kutub magnet di hemisfera utara (Aurora Borealis) dan hemisfera selatan (Aurora Australis). Fenomena cahaya yang indah ini terjadi dalam pelbagai warna (merah, kuning, hijau, biru dan ungu) serta bentuk (tompok atau awanan cahaya yang berselerak dalam corak jaluran, lengkungan, alunan mahupan pancaran sinar yang menerangi langit).

http://newscenter.lbl.gov/

Bagi memahami kejadian fenomena alam ini, kita harus melihat dari teras Bumi hingga nun jauh ke Matahari. Jauh ke dalam teras Bumi, suhu yang panas dan tekanan tinggi meleburkan besi – kesan daripada besi lebur ini menghasilkan medan magnet yang bertindak sebagai perisai Bumi. Perisai ini dinamakan magnetosfera (baca di sini untuk ulasan lebih lanjut). Magnetosfera bertanggungjawab untuk memastikan Bumi terlindung daripada tembakan zarah bercas dari Matahari.

https://www.youtube.com/

Manakala ceritanya di Matahari, permukaannya terdiri daripada keadaan jirim (state of matter) keempat –  pepejal, cecair, gas dan akhir sekali plasma. Plasma hanya mampu wujud pada suhu yang sangat panas dan ia terdiri daripada ion positif dan elektron. Disebabkan suhu yang tinggi, zarah-zarah ini memiliki tenaga yang tinggi dan mampu melepaskan diri dari tarikan graviti Matahari yang besar dan menuju ke Bumi dengan kelajuan jutaan batu per jam. Fenomena ini digelar angin suria (solar wind).

http://www.windows2universe.org/
http://www.windows2universe.org/

Magnetosfera mampu menghalang angin suria daripada sampai ke Bumi – namun di kutub utara dan selatan, medan magnet begitu lemah sehingga zarah-zarah bercas dalam angin suria mampu sampai ke atmosfera Bumi. Apabila elektron bertenaga tinggi ini berlanggaran dengan atom nitrogen dan oksigen di atmosfera Bumi, tenaga ini dipindahkan dan mengujakan (excite) mereka. Atom-atom yang diujakan ini bertindakbalas dengan menembak sinar cahaya dalam bentuk paket-paket cahaya yang dipanggil foton.

http://www.windows2universe.org/
http://strangesounds.org/
http://openwalls.com/

Bergantung kepada lokasi perlanggaran antara elektron dan atom-atom nitrogen serta oksigen, warna cahaya yang berbeza terhasil. Sebagai contoh, oksigen dari permukaan Bumi sehingga ketinggian 150 batu menghasilkan cahaya berwarna hijau kekuningan. Lebih daripada ketinggian 150 batu, cahaya berwarna merah terhasil. Manakala, atom nitrogen mengeluarkan cahaya berwarna biru sehingga ketinggian 60 batu dari permukaan Bumi. Tambahan lagi, cahaya-cahaya ini boleh bergabung dan menghasilkan cahaya berwarna putih, merah jambu dan ungu.

Penampakan aurora berlaku paling ketara semasa ribut suria (solar storm) yang secara tidak langsung bergantung pada kitaran suria (solar cycle). Fenomena aurora berlaku secara berterusan, namun ia tidak kelihatan pada waktu siang kerana cahaya Matahari terlalu terang dan mengaburinya.

https://pixabay.com/

Seindah mana pun kejadian aurora, kita tidak perlu ke kutub utara atau selatan untuk mensyukuri keindahan alam ciptaan Tuhan.

 

 

Artikel Berkait

Anda juga mungkin meminati
Close
Back to top button